FOR NIKON REGISTERED MEMBERS ONLY.
PLEASE READ THE CONTENTS OF THIS HAND OUT & DISCLAIMER CLAUSE CAREFULLY.
Untuk ahli Nikon berdaftar sahaja.
Sila baca isi kandungan risalah ini dengan sepenuhnya.
A. Disclaimer:
Nikon (Malaysia) Sdn Bhd, jawatankuasa Nikon Club Malaysia, pihak penganjur dan ejen - ejen untuk program ini tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan, kecedaraan yang dialami peserta ketika menyertai program ini. Dengan menyertai program ini, anda dengan ini telah membaca segala terma dan syarat seperti yang dipaparkan di website Nikon Club Malaysia dan anda juga adalah dengan ini bersedia untuk bertanggungjawab bagi sebarang harta mahupun baranga yang dibawa anda sebaik mungkin. Dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kesulitan yang berlaku (Jika ada).
B. Terna dan syarat
1. Program ini dianjurkan oleh Nikon Club Malaysia dan terbuka kepada ahli berdaftar Nikon Club malaysia. Ahli berdaftar perlu mendaftarkan diri bagi program ini di website terlebih dahulu bagi melayakkan mereka menyertai program ini. Dengan menyertai program ini, anda dengan ini adalah bersetuju dengan semua terma dan syarat seperti yang telah ditetapkan. Pihak penganjur ada berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis dikeluarkan terlebih dahulu.
2. Model akan diletakkan di lokasi - lokasi yang telah ditetapkan di kawasan sekitar program ini berjalan. Setiap model akan ditemani oleh krew dari pihak penganjur. Tema untuk program ini adalah terbukan dan tiada sebarang halangan manipulasi dikenankan.
3. Model akan diberikan masa rehat ketika sesi penggambaran dijalankan dan para peserta diminta untuk bekerjasama dan mematuhi jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran program.
4. Para peserta adalah bebas untuk bergerak di sekitar lokasi yang terdapatnya model dan model juga akan bertukar lokasi selepas sesi rehat tetapi hanya ditetapkan kepada 3 pusingan maksimum.
5. Para peserta akan bersaing untuk merebut hadiah bagi sesi penggambaran model tersebut dengan menghantarkan sebanyak gambar ke Nikon Club Website di bawah tajuk I AM MODEL SHOOTING. Adalah diingatkan, para peserta dikehendaki meletakkan username anda perlu memastikan bahawa anda dapat dihubungi bagi membolehkan proses penghantaran hadiah dilakukan. Setiap pemenang hanya akan memenangi 1 hadiah sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 minggu selepas tarikh program dijalankan.
6. Pemenang akan diumumkan di website Nikon Club Malaysia dalam masa 2 minggu dari tarikh program berlangsung dan keputusan panel hakim adalah muktaman.
7. Hakcipta: Peserta perlulah menjadi pemilik gambar berkenaan dan mempunyai hakcipta bagi gambar yang dihantar. Hakcipta adalah kekal bersama jurugambar namun pihak penganjur adalah dengan ini berhak untuk menggunakan gambar - gambar ini bagi tujuan pameran atau promosi tanpa pemberian sebarang notis atau bayaran kepada para peserta.
8. Pihak Penganjur – Nikon Centre Kuala Lumpur, Nikon Club Malaysia, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd dan Pihak
Pengurusan Nikon Club Malaysia berhak untuk menggantikan hadiah yang ditawarkan dengan nilai yang sama
sekiranya berlaku kehabisan stok. Sekiranya pemenang gagal untuk megambil hadiah dalam masa tiga (3)
bulan selepas pengumuman, hadiah tersebut akan dibatalkan.