Featured Nikon Club Photographer - Shagrasyiid

Date Published: 5/16/2012
Category: Behind the Nikon Cameras

1. How did you get started in Photography?
Saya belajar jurusan Graphic Design di politeknik, memang terdapat subjek fotografi. Kami pelajari teori dan teknik-teknik fotografi, dari pengurusan kamera manual, Dark Room hingga ke era digital. Namun, pencetus utama bidang ini dalam hidup saya adalah sejak rakan saya Encik Afal mengamanahkan saya untuk menjadi jurufoto perkahwinan beliau. Sejak itu saya serius kembali untuk   menggunakan kamera dan semakin meminati bidang fotografi.

2. What range and models of equipment do you use?
Nikon D80
Nikon D7000
Nikon 60mm f2.8
Sigma 85mm f1.4
Sigma 30mm f1.4
Tokina 12-24mm f4

3. What is your favourite subject(s)?
Potrait, Fashion, Macro (detail) dan Wedding.

4. How did you know about Nikon Club Malaysia?
Saya terbaca mengenai Nikon Club Malaysia dari Facebook.

5. Can you describe briefly of your images. (Please select up to 10 images)

1. Gambar ini diambil di kawasan landasan kapal terbang di waktu tengah hari. Cahaya terlalu terang, jadi saya memutuskan untuk lebih banyak bergambar di dalam dan tepi pesawat ringan.



2. Gambar ini diambil di pantai Port Dickson sekitar 6-7 petang menggunakan cahaya sedia ada.



3. Menggunakan bayang-bayang tirai di hadapan kedai sebagai tekstur unik pada subjek.



4. Pasangan berbaju putih dikomposisikan dengan langit gelap. Angin kuat dan senyuman kedua-duanya menambahkan sedikit dramatik pada gambar.



5. Cuba untuk bermain dengan lanskap, meletakkan subjek di tangga jeti.



6. Lokasi gambar ini diambil adalah di sebuah hotel. Pencahayaan semulajadi yang baik menerusi cermin kaca yang luas digunakan sepenuhnya. Dengan sedkit pengarahan pose-pose tertentu, ini salah satu gambar terbaik daripada sesi tersebut.



7. Warna pastel, lembut, terang menjadikan potret ini pilihan saya. Efek kebiruan di hadapan subjek adalah prop untuk hari itu.



8. Gambar ini diambil beberapa ketika sebelum pengantin harus turun ke dewan untuk sesi resepsi mereka. Dengan sedikit pengarahan pose-pose natural maka terhasillah gambar ini.



9. Gambar ini salah satu daripada set fotografi bertemakan vintaj yang dirancang bersama klien. Menggunakan satu cahaya utama dan satu lagi satu side-lighting sebagai rim-light untuk membezakan subjek dengan latarbelakang. Pakaian, props, lokasi penggambaran dan sedikit acuan Photoshop menyerlahkan lagi mood vintaj yang cuba dihasilkan.



10. Sesi fotografi ini dibuat di kawasan lalang-lalang tinggi. Menggunakan satu back-lighting untuk membezakan latarbelakang. Merapatkan kedua-dua subjek ini untuk menampakkan lebih keintiman dan kemesraan. Hanya memerlukan sedikit senyuman untuk menggambarkan emosi yang lebih dalam.



6. Do you have a favourite place for your photography?
Saya gemar mana-mana saja kawasan yang mempunyai cukup ‘available light’.

7. What do you like most about photography?
Say meminati fotografi kerana saya boleh mengabadikan memori dan emosi dalam sekeping gambar.