Featured Nikon Club Photographer - Sam Kranz

Date Published: 8/7/2012
Category: Behind the Nikon Cameras

1. How did you get started in Photography?
Saya bermula dengan mengunakan telefon berkamera yang bermegapixel besar, kemudian saya membeli kamera kompak nikon. Namun kepuasan untuk mengambil gambar masih belum tercapai. Dan akhirnya saya membeli D5000 sebagai permulaan dalam bidang ini. Namun sehingga kini saya masih mengunakan D5000.

2. What range and models of equipment do you use?
1. D5000
2. Nikon 18-55mm kit lens
3. Nikon 50mm f/1.8G

3. What is your favourite subject(s)?
Saya mencuba pelbagai genre dalam photography ini. Namun lebih kepada mengambil gambar landscapes dan juga potrait. Dikebanyakkan masa saya mengambil gambar landscapes kerana ini adalah sebab utama mengapa saya terjun ke bidang photography ini.

4. How did you know about Nikon Club Malaysia?
Saya mengetahui mengenai Nikon Club Malaysia melalui Facebook. Dimana melalui posting rakan-rakan di dalam Facebook.

5. Can you describe briefly of your images. (Please select up to 10 images)

PIC-1

Gambar ini dirakamkan di Hutan Lipur Ulu Paip, Kedah. Saya kerap berkunjung ke sini kerana perjalanan dari rumah hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Dirakamkan secara vertorama dari 9 exposures yang berbeza dan dijanakan sebagai HDR image.

PIC-2

Dirakamkan di Kuala Perlis sewaktu kunjungan bersama rakan-rakan seperjuangan. Juga HDR image dari 9 exposure yang berbeza.

PIC-3

Gambar ini juga dirakamkan di Kuala Perlis. Kami disambut dengan warna sunset yang cukup indah sekali. Gambar ini dijana dari 4 exposure untuk mendapatkan exposure yang seimbang.

PIC-4

Ini adalah High Dynamic Range image. Ianya dirakamkan di Hutan Lipur Ulu Paip, Kedah. Saya suka menjanakan setiap gambar-gambar saya kepada HDR. Kerana saya dapat menyeimbangkan exposure dan mendapatkan detail sebagai mana mata kita melihat.

PIC-5

Gambar ini dirakamkan di Kuala Kedah. Setelah berkunjung beberapa kali ke lokasi ini, akhirnya saya mendapat sunset yang cantik untuk dirakamkan. Juga HDR image dari 5 exposures yang berbeza.

PIC-6

Ini adalah kunjungan kali kedua ke Teluk Tempoyak, Penang untuk mengambil gambar sunrise. Kali pertama hampa kerana disambut dengan hujan, namun kali kedua Alhamdulillah sunrise menarik menyambut saya ketika shoot keseorangan di sini.

PIC-7

Gambar ini dirakamkan di Batu Uban, Penang. Ketika sampai di lokasi saya terpaksa berjalan jauh untuk mencari subjek yang menarik untuk dirakamkan. Akhirnya saya melihat tayar terbuang ini dengan berlatar belakangkan Jambatan Pulau Pinang. Dan saya menukarkan kepada minimalist style untuk menukarkan mood di dalam gambar itu.

PIC-8

Gambar ini di ambil di Singkir, Kedah sewaktu saya keluar berseorangan untuk merakamkan gambar landscape. Saya menukarkan ke versi Hitam & Putih setelah seorang guru saya dalam photography menunjukkan kuasa sebenar gambar Hitam Putih yang dapat memberikan penceritaan dan makna yang lebih mendalam pada sesuatu gambar itu.

PIC-9

Ini adalah gambar Jeti Pulau Sayak, Kedah. Cuaca yang sedikit mendung jadi saya tidak mendapat sunset yang menarik. Jadi saya bermain dengan ombak untuk di jadikan subjek di dalam gambar ini.

PIC-10

Dirakamkam di Masjid Negeri atau Masjid Zahir, Kedah. Juga dikenali sebagai Masjid Raja pada suatu ketika dulu. Ianya adalah Masjid Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersolat Jumaat pada setiap minggu ketika menjadi Sultan Kedah.

6. Do you have a favourite place for your photography?
Saya mengimpikan untuk ke Khasmir, kerana permandangan di sana amat-amat menarik, tidak terusik dengan pembangunan yang pesat seperti di negara-negara lain.

7. What do you like most about photography?
Merakamkan gambar keindahan alam ini membuat saya berasa sangat tenang. Ini mengapa saya terus sentiasa merakamkan gambar tanpa jemu kerana ianya adalah minat saya sewaktu belajar lagi.