Featured NikonClub Photographer - sedi78

Date Published: 10/4/2011
Category: Behind the Nikon Cameras

How did you get started in Photography?

Saya bermula dengan minat merakam gambar anak saya, semasa proses pembelajaran mengambil gambar kemudian saya berminat kepada landscape dan potret
 
What range and models of equipment do you use?
Saya bermula dengan kamera D40 kemudian bertukar kepada D90 mengunakan lens tamron 17-50mm, nikkor 35mm dan nikkor 70-300mm non VR
 
What is your favourite subject(s)?
Landscape, seascape dan potret
 
How did you know about Nikon Club Malaysia?
Semasa saya sedang surfing internet dan terjumpa address nikon club ini di internet
 
Can you describe briefly of your images?

1. sunset at angsi oilfield
Foto ini dirakam di angsi oilfield sewaktu sedang transit ke platform, 

2.sunset at sea

Foto ini di rakam semasa kapal saya dalam perjalanan dari kuching ke dumai indonesia, saya mengunakan AEB 3 exposure handheld untuk diproses menjadi HDR

3. sunset

Foto ini dirakam semasa hari yg sama dengan photo di atas, saya sukakan  pancaran cahaya pada shipside, 3 exposure HDR handheld

4. Dumai port

Foto ini dirakam di dumai indonesia, kapal ini berada hujung barisan kapal saya, saya tertarik dengan kapal kayu ini sedang loading tempurung  kelapa. gambar di ambil 3 exposure mengunakan tripod

5. sunset to banjar masin

Foto ini dirakam semasa perjalanan dari singapore ke banjar masin indonesia. 3 exposure handheld

6. sunset at port dickson

Foto ini dirakam semasa kapal saya sedang berlabuh di port dickson. saya suka dengan bentuk awan dan kedudukan matahari antara oil rig dan kapal, 3 exposure handheld

7. flora putrajaya firework

Foto ini dirakam semasa pesta flora putrajaya, percubaan setelah pelajari teknik mengambil gambar bunga api dari internet. saya mengunakan tripod, kain mengantikan black card dan timer pada kamera kerana tiada cable release waktu itu

8. jeti di banjar masin

Photo ini dirakam semasa saya turun ke darat sewaktu tiba di banjar masin indonesia. dalam kelam kabut di jeti ini kerana mengejar waktu saya sempat merakam photo ini sebab saya tertarik dengan suasana di jeti ini.

9. deck

Foto ini dirakam semasa berada di angsi oilfield sewaktu bekerja di supply boat, 3 exposure handheld

10. Vasta jati

Foto ini di rakam semasa kapal saya sedang di baiki di sungai bukit kuang, setelah seminggu menungu sunset tak berjaya saya mengambil keputusan ambil di waktu petang. 3 exposure hand held
 
Do you have a favourite place for your photography?
Saya tiada tempat tertentu. tapi sewaktu saya cuti saya suka mengambil photo sunrise di putrajaya, biasanya saya akan bangun seawal pukul 5.30 ke pukul 6 pagi untuk memandu ke putrajaya dan menungu matahari terbit
 
What do you like most about photography?
Saya suka kan photography sebab dia membuat saya seronok dan puas walaupun terpaksa bangun pagi tapi itu antara memberi ketenangan dan photography juga membuat saya lebih berani dan yakin demi untuk mendapat photo yang saya kehendaki dan   apa yang penting kepada saya kepuasan setelah berjaya mengambil photo