Featured Nikon Club Photographer - AZAMALWI

Date Published: 11/5/2011
Category: Behind the Nikon Cameras

AZAMALWI

How did you get started in Photography?
 
Penglibatan abang saya yang menggunakan DSLR yang banyak mempengaruhi saya, lebih-lebih lagi bila anak bongsu saya baru lahir, teruja dengan gambar-gambar dari internet, flickr membuat saya membeli D90 (body  + Nikkor 50mm f1.8) untuk gambar portrait anak2, ditambah pula hobi saya sebelum ini bermain RC(remote control) Plane, jadi pengaruh kawan-kawan yg  ada DSLR  juga memainkan peranan.



What range and models of equipment do you use?
 
1.D90 (operate Full Infrared)

2. D700

3.Nikkor 20mm f2.8D

4.Nikkor 70-200 f2.8 VR

5.Nikkor 50mm f1.4D

6.Nikkor 16mm f2.8 Fisheye
7.Nikkor 18-70mm

What is your favourite subject(s)?

Sekarang saya lebih kepada Landscape,Nature, Travel dan Journalist genre ini yang betul2 memberi kepuasan pada diri saya.

How did you know about Nikon Club Malaysia?
 
Sebelum ini memang ada terbaca dalam akhbar, majalah DCM, dan Nikon outlet. Selepas sahabat saya Ali Shamsul Bahar (Kuantan) yang menyarankan supaya meneyertai Nikon Club baru saya mula ke page Nikon Club Malaysia untuk sertai.



Can you describe briefly of your images. 


1. Pertama kali saya ke Pasir Panjang Port Dickson Negeri Sembilan pada 3 Okt 2011,cuaca tak mengizinkan untuk merakamkan keindahan senja bersama Jeti Nelayan, jadi gambar ini di ubah kepada hitam putih untuk memberi  impak yang berlainan.

2: Gambar InfraRED ini di rakamkan semasa kunjungan ke Kemboja dengan menggunakan D90 yang sudah di bedah kepada Full Infrared, melihat kepada kesungguhan anak ini yang baru pulang dari sekolah di kala panas mentari yang membahang, dia berhenti berehat seketika sebelum menyambung perjalanan pulang ke rumah. Hati saya terkedu melihat kesungguhan anak ini….jauh sekali keadaannya di Malaysia.
 
 
3: Gambar InfraRED ini dirakamkan ketika kunjungan kali pertama ke Darul Quran JAKIM, Ampang Pecah  Kuala Kubu Bharu pada 31 Julai 2011, juga cuaca tidak menizinkan…hujan yang turun pada tengah malam membatutkan untuk merakamkan sunrise.

 
4. Gambar Sunrise Masjid Sultan Mizan ini di buat HDR  dari gabungan 9 exposure dan di Vertorama kan untuk menampakkan detail langit dan reflection dalam tasik.


5. Gambar Sunset Pantai Teluk Biru Port Dickson ini juga di proses dalam vertorama untuk mengabungkan detail foreground dan background.


6.Gambar Sunset Pantai Jeram Selangor ini juga adalah gabungan dari vertorama.

 
7. Gambar ni HDRI 9exposure, shoot dari Flat Pekeliling.

 
8.Gambar Cityscape  Menara Rebung ini dari gabungan HDRI 7 exposure.

 
9. Fardu Ain Class at Cherang Chemereh Malay Village , Phnom Pehn Cambodia.
 
10. B&W Masjid Putra, Putrajaya, shoot semasa Sunrise
 
  
Do you have a favourite place for your photography?
 
Saya impikan hendak ke India yang mana di sana terdapat gambar Nature, journalist yang menjadi idaman.

What do you like most about photography?
 
Keindahan alam yang dapat dirakam dalam kamera dah di cetak  dapat memberi kepuasan dalam diri saya, 
Gambar juga membawa beberapa jenis ketenangan kepada saya, saya tidak pernah mempunyai hobi dimana saya boleh menghabiskan masa lebih daripada 2 jam hanya untuk sekeping gambar.