PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA CAREER FEST IKBNKL 2019

Date Published: 8/11/2019
Category: Malaysian Photography

 

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA CAREER FEST IKBNKL 2019

TEMA : HARI MALAYSIA

__________________________________________________________________________________

Syarat-Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada WARGANEGARA Malaysia sahaja.
  2. Bagi kategori IPT/Sekolah, Salinan kad matriks atau kad pelajar serta maklumat IPT/sekolah haruslah disertakan bersama sebagai bukti.
  3. Yuran penyertaan adalah RM 10 bagi kategori terbuka dan RM 5 bagi kategori IPT/Sekolah. Resit bayaran haruslah disertakan sekali didalam borang penyertaan.
  4. Peserta yang menyertai penyertaan ini diwajibkan menggunakan kamera digital sahaja. Penyertaan yang menggunakan telefon pintar, kamera polaroid, kamera filem dan selain daripada kamera digital adalah TIDAK DIBENARKAN.
  5. Foto mestilah menggunakan format digital beresolusi tinggi tidak kurang dari 300 dpi, dalam format JPEG Large.
  6. Pengubahsuaian foto iaitu melakukan imbangan pada warna, ketajaman, memotong atau kontras sahaja yang dibenarkan. Penggunaan teknik ‘super-impose’, helah, manipulasi atau diciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  7. Peserta adalah bertanggungjawap sepenuhnya di mana foto-foto adalah tidak melanggar akta hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta privasi / publisiti atau intelek mana-mana individu atau entiti dan tiada pihak lain mempunyai apa-apa hak, hakmilik, tuntutan atau kepentingan dalam foto tersebut.
  8. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai mana-mana pertandingan-pertandingan fotografi yang lain.
  9. Semua foto penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. Sebarang penggunaan plagiat, tiruan atau diciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali dan foto tidak boleh diubah dari imej asal ia dirakamkan.
  10. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi serta akur dengan peraturan dan keputusan yang ditetapkan.
  11. Peserta harus mendapat kebenaran daripada semua individu yang terlibat / muncul dalam foto yang dipertandingkan dan individu tersebut tidak boleh membuat tuntutan daripada penganjur, ini bagi membolehkan gambar-gambar tersebut digunakan dalam mana-mana media pada bila-bila masa tanpa sekatan, termasuk tujuan komersial serta tidak terhad kepada penerbitan editorial penganjur, siaran akhbar, pemasaran, pameran dan promosi.
  12. Peserta mempunyai hakcipta terhadap gambar yang dipertandingkan dan memberi hak ekslusif kepada penganjur untuk menerbitkan semula, mencetak dan mempamerkan foto tersebut beserta maklumat yang disertakan.  
  13. Gambar perlu dihantar dalam bentuk softcopy asal (belum diubahsuai) dan softcopy yang telah diubahsuai.
  14. Peserta mesti merakam gambar dalam jangkamasa tarikh pertandingan sahaja. Setiap gambar yang dihantar untuk pertandingan ini mestilah dirakamkan sendiri oleh peserta. Apa jua tuntutan daripada pihak ketiga berkaitan pelanggaran hak cipta atau kepentingan individu di dalam gambar selepas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  15. Penyertaan akan dibatalkan jika terdapat unsur-unsur penipuan, pelanggaran syarat yang disebutkan walaupun pengumuman pemenang telah dilakukan.
  16. Setiap penyertaan adalah bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan tema dan syarat pertandingan dan sebarang tuntutan tidak boleh dibuat ke atas pihak penganjur.
  17. Setiap penyertaan  akan dihakimi oleh panel hakim professional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur. Tiada pertanyaan atau surat-menyurat akan dilayan.
  18. Penilaian adalah berdasarkan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang telah digariskan.
  19. Foto pertandingan akan dinilai berdasarkan tema pertandingan, komposisi, keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik. Semua keputusan panel hakim adalah muktamad.
  20. Semua imej pertandingan yang dihantar menjadi hak milik penganjur sepenuhnya (IKBN Kuala Langat).
  21. Pemenang akan dimaklumkan secara terus oleh pihak penganjur melalui telefon.
  22. Setiap foto yang dihantar untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan gambar pemenang untuk tujuan promosi, pameran, komersial, pengiklanan dan percetakan.
  23. Gambar-gambar yang memenangi pertandingan tidak boleh digunakan oleh jurufoto tersebut untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan.
  24. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan SAHAJA.
  25. Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan dalam sebarang bentuk tidak akan dilayan.
  26. Bayaran bagi yuran penyertaan boleh dibuat melalui akaun MAYBANK Koperasi Institut Kemahiran Belia Negara Banting Berhad :- 562058065443
  27. Peserta boleh menghantar penyertaan ke alamat email yang berikut :-

fotografi.ikbnkl@gmail.com

  1. Di dalam email yang dihantar haruslah mengandungi :-
  1. Borang penyertaan yang lengkap diisi
  2. Salinan kad matriks / kad pelajar bagi kategori IPT/Sekolah
  3. Salinan resit pembayaran yuran penyertaan
  4. Dua keping softcopy foto penyertaan (1 softcopy foto asal (belum diubahsuai) dan 1 softcopy foto yang telah diubahsuai)