Nikon Malaysia 10th Anniversary Photo Awards Photo Exhibition

Date Published: 1/2/2012
Category: Past Photo Exhibition



______________________________________________

Exhibition Period: 1 Jan - 28 Feb 2012

Opening Hours: 10:00am - 10:00pm

Venue: Nikon Photo Gallery, Nikon Centre Kuala Lumpur, Berjaya Times Square

______________________________________________


Nikon Malaysia celebrated its 10th anniversary in March 2011. To commemorate this special occasion, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd collaborated with Nikon Centre Kuala Lumpur and Futuromic Photo AV Sdn Bhd to invite all Malaysians to  participate in a special photo awards that reflects on individual creativity and unique perspective of free subjects with an open theme. This photo awards received a total of 1297 entries from all over Malaysia.Nikon Malaysia would like to thank all the creative participants who have submitted their wonderful photos for this competition. For each entries, Nikon Malaysia has promised to donate RM5 to the Malaysia Association of the Blind. 



The team of judges for this photo awards consist of 3 experienced photographers from various fields. The judges are Arthur Teng, a renowned travel photographer, Ng Kok Leong, a veteran photographer with 26-year of experience and currently the Photo Editor of The Star Publications and Abdul Rahman Salleh from Utusan Melayu. The judges were given the task of selecting 3 best pictures and 5 consolations pictures. The judging was done on 27 October 2011. The 3 best pictures winners received each a D7000 kit set, a SB900 Speedlight, Cash RM2,000.00 a trophy, a certificate and a 10th Anniversary Photo Awards catalogue. Each consolation winners will receive a  D3100 kit set, a SB 700 Speedlight, Cash RM500.00 a trophy, a certificate and a 10th Anniversary Photo Awards catalogue. 

“Let images speak!” This was the call extended to the photo enthusiasts in Malaysia for this photo awards. From the many entries that we received, the images have truly spoken. 



We have an inherent fascination with the image’s ability to tell story. The reality that photograph captures provide a departure point for the viewers to extend their imagination beyond the frame of the photograph itself. Picture cannot communicate verbally. It requires the use of the visual language. As a good storyteller, photographer requires the mastery to create the illusion of seeing using this visual language. What transpires should be a photograph that permits the viewer to share the same experience of wonder and engagement of reality as the photographer during the moment of inception.  The selected winners for this photo awards have demonstrated their mastery to tell a great story through their pictures and to impress the judges with their own unique creativity. 

With the conception of Nikon Club Malaysia in 2011, more photo contests will be organised in the future to promote and encourage better photography. Nikon Malaysia hopes to see more emerging talents coming forward to challenge themselves and showcase their works through competitions.

______________________________________________


Nikon Malaysia telah menyambut ulangtahun ke 10 nya pada March 2011 yang lalu. Untuk meraikannya, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Nikon Centre Kuala Lumpur dan Futuromic Photo AV Sdn Bhd telah mengajak anda semua untuk menyertai satu anugerah khas untuk foto – foto terbaik yang mampu menyerlahkan daya kreativiti dan perspektif – perspektif unik para peserta dalam kategori tema terbuka ini. Ternyata, pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana 1297 penyertaan telah diterima dari pengguna dari seluruh negera. Nikon Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang telah menghantar penyertaan bagi pertandingan ini. Bagi setiap penyertaan, Nikon Malaysia telah berjanji untuk mendermakan RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia. 


Panel juri bagi pertandingan ini terdiri dari 3 jurufoto yang sangat berpengalaman dalam pelbagai bidang. Mereka ialah Arthur Teng, seorang jurufoto pengembaraan yang terkenal, Ng Kok Leong, seorang jurugambar veteran dengan pengalaman dalam bidang fotografi selama 26 tahun dan kini merupakan penyunting di Star Publication dan yang terakhir ialah Abdul Rahman Salleh dari Utusan Melayu. Para juri diberi tugas untuk memilih 3 keping gambar terbaik dan 5 keping bagi hadiah sagu hati. Pengadilan telah dilakukan pada 27 October 2011 dan 3 keping gambar terbaik tersebut telah menerima hadiah seperti berikut:- Set kamera Nikon DSLR D7000, “SB900 Speedlight”, wang tunai bernilai RM2000, sijil penyertaan dan katalog  “10Th Anniversary Photo Awards”. Kesemua pemenang sagu hati pula telah menerima set kamera Nikon DSLR D3100, “SB700 Speedlight”, wang tunai bernilai RM500, sijil penyertaan dan juga katalog “10th Anniversary Photo Awards”.

“Biarkan Gambar Anda Bersuara” merupakan aktiviti susulan kepada anugerah ini. Kami telah menerima penyertaan yang menggalakkan dan kesemua gambar yang dihantar benar – benar mampu menyuarakan diri mereka sebenar. Tahniah diucapkan kepada para peserta. 



Kami sangat terpesona dengan keupayaan gambar – gambar tersebut untuk menggambarkan cerita yang terdapat pada diri mereka. Realitinya, gambar – gambar tersebut berupaya untuk membawa orang yang melihatnya untuk membayangkan sesuatu yang lebih jauh dan tidak hanya terhad kepada cerita yang berada di dalam frame tersebut sahaja. Gambar sememangnya tidak dapat bercakap secara vokal, maka untuk itu, ia memerlukan bahasa dalam bentuk visual untuk menceritakannya. Seperti seorang penglipur lara yang baik, seorang jurugambar memerlukan kepakaran yang sangat tinggi untuk menterjemahkan cerita pada sesuatu gambar dalam bentuk bahasa visual. Hasilya, sebuah gambar yang membolehkan seseorang yang melihat merasai pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh jurugambar tersebut ketika merakamnya akan dihasilkan. Pemenang bagi anugerah foto ini telah menyerlahkan kepakaran beliau untuk menghasilkan suatu gambar yang mempunyai seribu makna dan sekaligus menambat hati para juri untuk idea kreatif beliau ini. 

Dengan penubuhan Nikon Club Malaysia pada 2011, lebih banyak penganjuran pertandingan foto akan dianjurkan di masa hadapan untuk mempromosi dan menggalakkan aktiviti fotografi dengan teknik yang baik dan sekaligus berupaya menghasilkan gambar – gambar yang memukau mata sesiapa yang melihatnya. Nikon Malaysia mengharapkan, lebih ramai lagi bakat – bakat baru akan tampil ke hadapan bagi menguji keupayaan mereka melalui pertandingan – pertandingan seperti ini.